SAYA USAHAWAN MUDA BERUSIA 25 TAHUN

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

SAYA USAHAWAN MUDA BERUMUR 25 TAHUN!! 💪🏻

Alhamdulillah nak kongsi sedikit cerita hidup saya. Ye betul, saya baru berumur 25 tahun, Alhamdulillah Allah berikan saya buka 2 kedai dalam masa 1 tahun.

Saya bekas Student Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang IT Multimedia. Memang jauh lari ke bidang FnB Restoran sekarang.

Saya buka kedai pertama saya Nasi Kandar Express Bandar Seri Putra di kawasan tempat saya belajar sendiri di Bandar Seri Putra. Saya buat konsep baru Nasi Kandar dengan order cara macam fast food. Sebab saya tengok kedai nasi kandar atau kedai mamak sama sahaja dari dulu sampai ke sekarang, betul?

Maka saya pecahkan tradisi itu dengan ambil kedai tengah, 100% risiko saya buka kedai nasi kandar lot tengah, saya usaha dan tawakkal.

Alhamdulillah sambutan sangat2 baik daripada Kolej saya sendiri iaitu KUIS dan juga masyarakat sekitar sehingga saya boleh buka kedai ke-2 saya Nasi Kandar Express Bandar Baru Bangi di Bandar Baru Bangi Seksyen 15.

Sini pun Alhamdulillah, semakin ramai customer. Semakin terkenal Nasi Kandar Express di kalangan masyarakat di sekitar sini. Kebersihan dijaga, kualiti, murah dan sedap.

Ayah saya banyak membantu dari segi cara2 untuk mengendalikan kedai makan dan quality makan.

Saya mengajak sahabat2 sekalian untuk berniaga juga, kerana ia adalah sunnah juga dari Rasulullah saw.

Kenapa Nabi Muhammad berniaga? Kerana kita tidak tahu rezeki itu datang dari mana Allah swt nak bagi. Rasulullah saw usaha dan tawakkal.

Usaha dulu baru tawakkal. In sha Allah. Jemput datang ke kedai saya ya, in sha Allah jumpa di sana 😊🤲🏻

BMF Community

BMF Community

Platform perkongsian cerita semasa

Leave a Replay

Pengenalan

Saiful merupakan pengasas group BMF 2 juta. BMF Community di adakan bagi berkongsi permasalahan serta cerita semasa kepada umum.

Blog

Fan Page

Partner Page