PEMANDU MABUK BAWA KERETA LAWAN ARUS, MAUT KEMALANGAN BERTEMBUNG LORI

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Seorang lelaki yang dipercayai mabuk, maut setelah terlibat dalam kemalangan akibat memandu melawan arus di susur Lebuhraya Elite ke Lebuhraya Baru Lembah Klang menghala ke Subang, 2.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shariat berkata, mangsa 25 tahun, dari Triang, Pahang cedera parah dan mati di tempat kejadian, setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya merempuh bahagian hadapan sebuah lori, yang melalui susur jalan yang sama.

Pemandu mabuk maut kemalangan

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala pemandu lori yang berusia 45 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Azman berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Siasatan kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sampel darah mangsa akan diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS & Bernama

BMF Community

BMF Community

Platform perkongsian cerita semasa

Leave a Replay

Pengenalan

Saiful merupakan pengasas group BMF 2 juta. BMF Community di adakan bagi berkongsi permasalahan serta cerita semasa kepada umum.

Blog

Fan Page

Partner Page