CategoriesBMF

SAYA USAHAWAN MUDA BERUMUR 25 TAHUN!!

Alhamdulillah nak kongsi sedikit cerita hidup saya. Ye betul, saya baru berumur 25 tahun, Alhamdulillah Allah berikan saya buka 2 kedai dalam masa 1 tahun. Saya bekas Student Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang IT Multimedia.

Memang jauh lari ke bidang FnB Restoran sekarang. Saya buka kedai pertama saya Nasi Kandar Express Bandar Seri Putra di kawasan tempat saya belajar sendiri di Bandar Seri Putra. Saya buat konsep baru Nasi Kandar dengan order cara macam fast food. Sebab saya tengok kedai nasi kandar atau kedai mamak sama sahaja dari dulu sampai ke sekarang, betul?

Maka saya pecahkan tradisi itu dengan ambil kedai tengah, 100% risiko saya buka kedai nasi kandar lot tengah, saya usaha dan tawakkal. Alhamdulillah sambutan sangat2 baik daripada Kolej saya sendiri iaitu KUIS dan juga masyarakat sekitar sehingga saya boleh buka kedai ke-2 saya Nasi Kandar Express Bandar Baru Bangi di Bandar Baru Bangi Seksyen 15.Sini pun Alhamdulillah, semakin ramai customer.

Semakin terkenal Nasi Kandar Express di kalangan masyarakat di sekitar sini. Kebersihan dijaga, kualiti, murah dan sedap.Ayah saya banyak membantu dari segi cara2 untuk mengendalikan kedai makan dan quality makan.Saya mengajak sahabat2 sekalian untuk berniaga juga, kerana ia adalah sunnah juga dari Rasulullah saw.

Kenapa Nabi Muhammad berniaga? Kerana kita tidak tahu rezeki itu datang dari mana Allah swt nak bagi. Rasulullah saw usaha dan tawakkal. Usaha dulu baru tawakkal. In sha Allah. Jemput datang ke kedai saya ya, in sha Allah jumpa di sana 😊🤲🏻

CategoriesBerita Semasa

Perdana Menteri menghadap Agong di Kuantan | Berita Harian

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri bergegas ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, tiba di pintu masuk istana pada jam 4.40 petang ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, adalah di antara yang dilihat berada dalam konvoi mengekori Perdana Menteri ketika memasuki istana.

Sejak jam 3 petang tadi, kumpulan media dan anggota polis mula berkumpul di pintu masuk utama Istana Abdul Aziz di sini.

Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung itu, walaupun pelbagai spekulasi mula kedengaran sejak semalam.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah menitahkan semua ahli politik supaya mengutamakan kepentingan rakyat yang sedang berdepan pelbagai kesulitan akibat penularan pandemik COVID-19.

Titah baginda, ahli politik perlu bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua masih berdepan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat COVID-19.

Dalam titah itu, baginda turut mengingat, ahli politik supaya tidak mengakhiri perbezaan dengan permusuhan, sebaliknya mengutamakan perundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan.